"Penduduk Taman Saujana - Plentong".
Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Sri Saujana dan Persatuan Penduduk memohon jasabaik daripada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa permasalahan penduduk di Taman Saujana seperti yang berikut.
Permasalahan Kami :
- Masalah geran tanah yang masih tidak diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah Taman Saujana daripada pihak pemaju semenjak daripada awal pendudukan pada tahun 1967.
- Peruntukan untuk menaik taraf Balai Serbaguna Taman Saujana di jalan Saujana 3/1. Keadaan Balai Serbaguna yang kerap dilanda banjir menyukarkan penduduk untukmenjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Prasarana / Infrastruktur ;
- Masalah perparitan yang tidak sempurna sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Secara purata sebanyak 11 kali banjir kilat yang akan berlaku dalam tempoh setahun.
- Pungutan sampah yang tidak menyeluruh terutama di jalan-jalan kecil . Mohon kepada Pihak berwajib untuk mengambil tindakan memperbesarkan jalan .
- Struktur jambatan sungai yang senget menyebabkan pengaliran air kurang lancar sehingga banjir . Hampir 65% daripada penduduk di sepanjang Jalan Saujana Utama menjadi mangsa banjir.
- Kekurangan bonggol jalan terutama di jalan-jalan utama yang membahayakan keselamatan pengguna dan penduduk apabila ada sebahagian kenderaan yang dipandu laju.
- Batang paip air ditempat yang tidak sesuai boleh mendatangkan masalah terutama sekiranya ada kenderaan yang terbabas.
- Papan tanda nama jalan yang sudah tumbang atau rosak menyusahkan orang mencari nama jalan terutama orang luar.
Peruntukan untuk menaik taraf Surau Taman Saujana di jalan Saujana 3/1 untuk keselesaan jemaah.
- Tempat solat wanita
- Bilik air
- Kebocoran atap
- Pagar rosak
- Cat yang pudar / lama.
Nota : Untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan untuk menyelesaikan masalah kami amat kami harapkan dan hargai.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment