Kertas Minit Mesyuarat dan Lawatan Kerja Biro Perbandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang
ke Cawangan Belantik Pada 14hb Disember 2008.
Tarikh : 14hb Disember 2008
Masa :10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Kehadiran :
ke Cawangan Belantik Pada 14hb Disember 2008.
Tarikh : 14hb Disember 2008
Masa :10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Kehadiran :
Tn Hj Abdullah b Abdul Rahman - Ketua Biro Perbandaran PG
En Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim - Setiausaha Biro Perbandaran
En Md Salleh Kamisan
En Zainul b Mat
Hj Askak b Ismail
En Mohd Ghazali b Mohd Rapiai
Pn Asanah bte Hj Omar
Pn Habibah bte Zainal Abidin
Pn Sainah@ Tina Mohamad
En Nordin b Kasri
En Mohd Salleh b Arsad
Hj Salim b Juaher
En Norman b Zainal Abidin
En Md Aris b Kecik
En Wagiran b Dialimen
En Hamdan b Yahya
En Zabidin b Yusuf
En Mohd Noh b Jaafar
En Abd Samad Abd Hamid.
Ucapan Aluan drp Pengerusi Biro Perbandaran UMNO Bhg Pasir Gudang.
Tuan Pengerusi - Tn Hj Abdullah b Abdul Rahman memulakan mesyuarat pada Pukul 10.15 minit pagi. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kehadiran wakil wakil daripada UMNO Cawangan Belantik , Ketua kampung dan Ahli Masyarakat.
Tuan Pengerusi mengambil kesempatan untuk memperkenalkan AJK AJK -Biro Perbandaran yang turut hadir didalam Lawatan kerja .
Tuan Pengerusi -menjelaskan mengenai struktur organisasi dan mekanisme Biro Perbandaran didalam menangani dan memperjuangkan permasalahan rakyat dan peranan UMNO didalam mewakili aspirasi dan kehendak rakyat.
Bagi Pihak Biro Perbandaran UMNO Pasir Gudang Tuan Pengerusi menerima Penyerahan Memorendum / Profail -tuntutan Penduduk Penduduk Kg Belantik . Memorandum yang sama juga diserahkan (melalui Ketua Biro Perbandaran ) kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang -Dato Seri Mohamed Khaled b Nordin.
Ucapan Ringkas Ketua Cawangan.
Ketua UMNO Cawangan Belantik -Hj Askak b Ismail menyampaikan ucapan ringkas mengenai Perjuangan dan Tuntuan keatas Hak Milik Tanah di Kg Belantik yang telah berlaku sejak 40 tahun yang lalu.
Beliau turut menyatakan kebanyakan pejuang pejuang yang membawa isu tanah di Kg Belantik telah kembali ke rahmatullah dan sehingga kini masih tiada sinar harapan terhadap aspirasi dan nasib meraka untuk mendapatkan status sah sebagai pemilik tanah bergeran di Kg Belantik.
Beliau menyerahkan kepada Ahli Cawangan dan Wakil Wakil Penduduk untuk membawa perkara ini dalam perbincangan -Bersama Biro Pembandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Sesi Perbincangan.
Perbincangan dimulakan dengan membangkitkan Isu Sumbangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kepada kawasan Belantik dan Peranan Ahli Majlis yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kawasan Belantik.
Biro Perbandaran dimaklumkan bahawa -MBJB tidak memainkan sebarang perananan berikutan status tanah yang tidak jelas di Kg Belantik . Walaubagaimana pun wakil penduduk berpuashati dengan usaha dan keikhlasan daripada Ahli Majlis bertanggungjawab diatas usaha yang ditunjukkan untuk membantu mereka.
Biro Perbandaran akan mendapatkan maklumat yang lebih detail untuk dibawa kedalam Mesyuarat UMNO bahagian sebagai tindakan.
Wakil wakil penduduk turut membangkitkan isu isu pembangunan yang tidak terlaksana dan memohon Biro Perbandaran membuat tindakan susulan kepada apa langkah seterusnya.
Biro Perbandaran -memberi komitmen untuk membawa setiap isu dan permasalahan setempat kepada perhatian kepimpinan UMNO bahagian untuk tindakan.
Wakil Penduduk -menyatakan Kekecewaan terhadap Pemaju KPRJ yang gagal untuk mengotakan janji setelah hampir 20 tahun masa berlalu.
Perkara ini sedikit sebanyak mengikis sokongan dan kepercayaan kepada Kerajaan dan UMNO sendiri.
Wakil penduduk turut merujuk bagaimana Kaum Kaum lain mengambil peluang dan memperjuangkan hak hak kaum mereka di dalam Kerajaan Barisan Nasional.
Wakil penduduk turut merujuk bagaimana Kaum Kaum lain mengambil peluang dan memperjuangkan hak hak kaum mereka di dalam Kerajaan Barisan Nasional.
Wakil penduduk turut membangkitkan isu pembinaan Lebuhraya dan bertanya adakan kawasan mereka turut terlibat didalam pembangunan tersebut.
Penduduk nyata kecewa dengan status tanah mereka yang tergantung dan belum ada sinar harapan . Masalah seperti di Kg Baru Plentong Tengah turut akan berlaku kepada Penduduk Kg Belantik jika Pihak Kerajaan tidak mengambil langkah Pro aktif untuk menyelesaikan masalah.
Wakil penduduk menyatakan kekecewaan diatas janji janji manis yang ditaburkan oleh pelbagai pemimpin , Namun tuntutan penduduk masih tidak menampakkan harapan untuk berjaya mendapatkan status tanah bergeran.
Penggulungan Pengerusi Biro Perbandaran.
Pengerusi Biro Perbandaran menyatakan bahawa Biro Perbandaran memandang serius terhadap semua permasalahan Penduduk di Kg Belantik . Biro Perbandaran akan memastikan Isu isu dan perjuangan Penduduk Kg Belantik di bawa kepada perhatian Dato Seri Mohamed Khaled untuk dibincangkan didalam mesyuarat bahagian yang akan datang .
Profil / Memorendum Penduduk Kampung Belantik akan disampaikan terus kepada Dato Seri Mohamed Khaled untuk tindakan selanjutnya.
Pengerusi Biro Perbandaran menekankan bahawa UMNO Bahagian Pasir Gudang sangat mengambil berat terhadap semua permasalahan penduduk dan berharap penduduk Kg Belantik tetap kukuh didalam menyatakan sokingna kepada Perjuangan UMNO untuk mengangkat Martabat Bangsa Melayu.
Pengerusi Biro menyatakan jika perlu dan mendapat restu pihak UMNO Bahagian - Biro Perbandaran akan turut serta bersama sama dengan Penduduk Kg Belantik dalam membawa isu Tuntutan Hakmilik tanah kepada Perhatian menteri Besar Johor sebagai tindakan susulan.
Penutup.
Pengerusi Biro Perbandaran menangguhkan mesyuarat dan lawatan kerja pada pukul 11.30 pagi.
Minit mesyuarat disediakan oleh :Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment