ke Cawangan Kampung Plentong Baru Pada 21hb Disember 2008.
Tarikh : 21hb Disember 2008
Masa :10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Kehadiran :
- Tn Hj Abdullah b Abdul Rahman - Ketua Biro Perbandaran PG
- En Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim - Setiausaha Biro Perbandaran
- En Mohd Salleh b Arsad
- En Md Salleh Kamisan
- Hj Askak b Ismail
- Pn Sainah@ Tina Mohamad
- En Nordin b Kasri
- En Nordin Ali
- En Samian Musa
- En Kamarul b Arifin
- En Ahmad b Muhi
- En Kosni b Awang
- En Basar
- Pn Zohora bte Abd Aziz
- Pn Noriah bte Idris
- Pn Sapina bte Tukimin
Ucapan alu aluan daripada Ketua Cawangan Kg Plentong Baru.
- En Mohd Salleh b Arsad selaku ketua UMNO Cawangan Kg Plentong Baru mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu alukan kehadiran Pengerusi dan AJK Biro Perbandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang ke Kampung Plentong Baru.
- En Mohd Salleh b Arsad menyatakan penghargaan daripada Penduduk Kg Plentong Baru diatas perhatian dan sikap mengambil berat UMNO Bahagian keatas permasalahan penduduk di Kg Plentong baru.
- Ketua UMNO Cawangan membangkitkan mengenai Isu isu tertunggak di Kg Plentong Baru yang menuntut penyelesaian .
- En Mohd Salleh b Arsad menyatakan kesabaran penduduk yang telah mula menipis dan meragui janji janji yang ditaburkan sejak sekian lama namun masih belum nampak kepada penyelesaian masalah penduduk Kg Plentong Baru.
Ucapan daripada Pengerusi Biro Perbandaran.
- Pengerusi Biro perbandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang berkongsi maklumat Program Biro Perbandaran yang membuat Lawatan Kerja ke 2 Cawangan UMNO pada setiap minggu (Setiap Ahad. Pagi -Pukul 10.00 dan Petang -Pukul 2.00 ptg).
- Biro Perbandaran adalah sebagai pengganti kepada Biro Pembangunan . Skop Biro perbandaran akan meliput masalah Perbandaran /Pembangunan / Setinggan dan Ahli Majlis .
- Cawangan diharap dapat menggunakan Platform Biro Perbandaran didalam menyampaikan tuntutan Pembangunan dan masalah Infrastruktur dikawasan masing masing.
- Cawangan turut dinasihatkan agar membuat senarai /profail yang jelas dan detail mengenai program yang ingin dilaksana dan diperlukan mengikut kesesuaian tempatan.
- Biro Perbandaran turut berkongsi aspirasi bersama penduduk yang menghadapi masalah setinggan dan perjuangan untuk mendapatkan status hakmilik sah.
- Biro Perbandaran bertanggungjawab untuk memastikan kemahuan dan keperluan penduduk disampaikan kepada pucuk pimpinan untuk diberi perhatian sewajarnya.
- Pengerusi Biro Perbandaran mengingatkan bahawa Biro perbandaran adalah satu mekanisme baru bagi Penduduk penduduk didalam memperjuangkan hak hak mereka . Biro Perbandaran akan memastikan segala tuntutan dan hasrat penduduk didengari dan sampai kepada pembuat dasar.
- Biro Perbandaran sebagai injin penggerak kepada tindakan dan tidak akan membiarkan -tuntutan tuntutan penduduk tergantung tanpa keputusan.
- Semua Isu isu berbangkit akan dibawa kepada perhatian Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.
- Biro Perbandaran akan turut bertindakan sebagai badan yang membina jambatan perhubungan diantara Pihak Penguasa Tempatan , Pejabat Tanah dan penduduk didalam menyelesaikan permasalahan dimeja rundingan.
- Biro Perbandaran memandang serius kebajikan masyarakat setinggan di Kg Plentong Baru dan tidak mahu isu isu ini dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
- Perjuangan UMNO -adalah satu perjuangan ynag Ikhlas untuk membela nasib rakyat khusus kepada orang Melayu.
- Biro Perbandaran -turut memandang serius kepada apa apa jua rancangan pembangunan yang tidak mengambil kira nasib setinggan .
Keperluan Keperluan Pembangunan.
- En Mohd Salleh b Arsad memohon agar sistem jalan raya di Kg Plentong Baru diperbaiki dan di naiktaraf.
Beliau turut membangkitkan permasalahan sistem perparitan yang tidak sempurna dan tidak cukup untuk menampung limpahan ketika musim hujan . Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya banjir dan masalah air bertakung. - Masalah benteng sungai dan hakisan yang menyebabkan tambakan runtuh dilihat sebagai sangat serius dimana hakisan telah sampai ke belakang rumah penduduk dengan kadar kurang daripada 1 meter . Keadaan ini adalah sangat berbahaya kepada penduduk dan bakal mengundang bencana jika sebarang tindakan Pro aktif tidak diambil. ( Nota : Untuk tindakan Jabatan Perparitan dan saliran)
- En Mohd Salleh b Arsad memohon agar satu peruntukan diberikan untuk penambahbaikan Bilik Gerakan seperti ditinggikan supaya tidak dimasuki air ketika banjir dan bahagian hadapan Balai Serbaguna di Tar untuk kegunaan sepanjang tahun.
- En Mohd Salleh Arsad mencadangkan agar sebuah Dewan Serbaguna dibina bagi kegunaan penduduk terutama pada musim banjir.
- Beliau mencadangkan agar satu kawasan dikenalpasti untuk tujuan tersebut.
- Wakil Penduduk mengutarakan mengenai keadaan mesjid yang agak suram disebabkan catnya yang sudah lama . Beliau menyarankan agar peruntukan diberi untuk mengecat masjid dan surau diberi bagi tahun 2009.
- Wakil Penduduk mencadangkan agar satu kawasan rekrasi dikenalpasti bagi kegunaan riadah golongan muda . Cadangan agar satu gelanggang Futsal di buat untuk kegunaan penduduk setempat.
- Wakil Penduduk memohon agar pihak Biro Perbandaran membuat pemeriksaan di Pejabat Tanah dan Galian mengenai status hakmilik tanah dan permohonan mereka.
- Setiausaha Biro Perbandaran memohon untuk mendapatkan Profail tuntutan dan permasalahan penduduk sebagai maklumat terperincil untuk dipanjangkan kepada Perhatian Pihak UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Peranan dan Sumbangan Ahli Majlis didalam Permasalahan Penduduk.
- Penduduk menyatakan bahawa tidak ada sebarang peranan yang dimainkan oleh Ahli Majlis untuk mengetahui atau menyelesaikan masalah mereka.
- Mereka turut bertanya siapakan sebenarnya Ahli Majlis yang mewakili mereka .
- Masalah masalah seperti sistem perparitan , sampah dan sungai tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada Pihak Majlis.
- Penduduk dinasihatkan untuk menjalankan kerjasama dengan Biro kemasyarakatan untuk program Gotong Royong setiap 6 bulan sekali . ( Nota ; En Latif Ismail -Pengerusi Biro kemasyarakatan UMNO Bhg Pasir Gudang.
- Penduduk juga menyatakan kesukaran untuk bertemu dengan ADUN bagi menyuarakan permasalahan mereka . Adun diminta untuk menjenguk dan memerhatikan permasalahan rakyat.
Penggulungan .
Pengerusi Biro Perbandaran.
- Pengerusi menjelaskan -Bahawa Biro Perbandaran akan membawa setiap isu yang dibangkitkan kepada perhatian Dato Seri Mohamed khaled Nordin untuk dibincangkan dan cadangan bagi tindakan.
Hjh Sopinah.
- Memohon agar Biro Perbandaran dapat menyampaikan hasrat dan suara hati penduduk Kg Plentong Baru untuk tindakan setelah sekian lama menunggu.
Pn Sainah @ Tina Mohamed.
- Pemimpin hari ini mesti serius dalam menangani semua masalah terutama masalah setinggan. Pembelaan untuk mendapatkan hakmilik harus diutamakan jika tidak dibimbangi perkara ini akan memberi kesan kepada Pilihanraya yang ke 13 nanti. Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan tuntutan tuntutan terlaksana.
Penutup.
Satu lawatan untuk melihat runtuhan benteng sungai Plentong dan Hakisan dibelakang rumah penduduk telah dilakukan bersama Ketua cawangan dan AJK Biro Perbandaran.
Minit mesyuarat disediakan oleh :Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment