LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT BIRO PERBANDARAN
UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG 2009
BERSAMA KETUA, PEGAWAI CAWANGAN MASAI, MASAI BARU
DAN KG BARU MASAI
Tarikh : 11.01.2009 (Ahad )
Tempat : Bilik Gerakan UMNO Caw Kg Baru Masai.
Masa : 8.00 malam
Kehadiran :
Tn Hj Abdullah Bin Abd Rahman – Pengerusi
Tn Hj Abd Ghani Bin Abd Rahman - Timbalan Peng.
En Nordin Bin Ali – AJK
En Mohamed Noh Bin Jaafar - AJK
En Sabri Bin Abd Rahman - AJK
En Salleh Bin Kamisan - AJK
Pn Sainah @ Tina Bte Mohamad – AJK
Pn Hjh Habibah Bte Zainal Abidin - AJK
Wakil Cawangan Masai :
Tn Hj Salim Bin Juahir - Ketua Cawangan
Tukimin Bin Mijo – AJK
Alias Bin Amat - AJK
Wakil Cawangan Masai Baru : -
Tn Hj Abu Bakar Bin Mohamad - Tim. Ketua Cawangan
Pn Hjh Aminah - Naib Ketua Wanita
Pn Aminah Bte Mohamad - Setiausaha Wanita Caw
Wakil Cawangan Kg Baru Masai : -
En Zulkiflee Bin Abd Jalil - Ketua Cawangan
En Ramlan Bin Musa - Ketua Pemuda
Pn Normah Bte Ahmad - Naib Ketua Wanita
En Mohd Hatta - Bendahari Cawangan
Pn Faizah Bte Abd Jalil - Setiausaha Wanita Caw
Pn Jawariah Bte Nohong - AJK
AGENDA : FUNGSI DAN PERANAN BIRO PERBANDARAN SERTA PERMASALAHAN
UCAPAN PENGERUSI BIRO
- Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
- Menjelaskan peranan Biro Perbandaran yang mencakupi Biro Setinggan dan Ahli Majlis. Biro yang menjadi nadi penggerak kepada masalah setinggan yang sekian lama belum menemui jalan penyelesaian kerana sebagai penyokong kuat dan setia UMNO amatlah mustahil jika masalah ini tidak dapat diselesaikan. Beliau tidak mahu apa yang berlaku kepada Kg Baru Plentong Tengah walaupun statusnya berbeza, tidak akan berulang kepada tempat-tempat lain.
- Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membawa isu ini pada setiap bulan dan mengutarakan kepada pemimpin atasan tidak kira bagaimana penerimaan pemimpin-pemimpin tersebut.
Tidak mahu kerana isu ini akan memberi kesan kepada orang Melayu yang kecewa dengan kepimpinan UMNO. - Menyeru kepada ketua-ketua cawangan, jangan ambil mudah setiap permasalahan harus melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan peka kepada setiap masalah cawangan.
Biro Perbandaran akan turun cawangan pada setiap minggu dan fokus diberi kepada masalah setinggan dahulu. Pengerusi telah memaklumkan kepada YB Dato' Ketua Bahagian tentang program turun padang setiap minggu dan berharap biro ini dapat memberi satu solusi yang terbaik. - Mahu semua ajk Biro Perbandaran bukan saja tetap setia pada parti tetapi berani untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu mengikut landasan yang betul.
Setiap permasalahan akan dibawa ke mesyuarat bahagian
Ketua UMNO Caw Kg Baru Masai ( En Zulkiflee Bin Abd Jalil) - Ucapan terima kasih atas kesudian Biro Perbandaran kerana sudi datang ke Bilik Gerakan Kg Baru Masai bagi mengadakan perjumpaan 3 cawangan untuk mendapat input atau maklumat-maklumat terkini dari cawangan-cawangan yang terlibat terutamanya isu tanah.
- Status tanah Kg Baru Masai setakat ini beliau memberitahu beliau hanya mendengar cerita, tiada hitam putih dan sudah pun mengutarakan borang-borang permohonan samada pemohon-pemohon baru atau pemohon yang sudah tamat tempoh. Beliau juga ada membuat pertemuan dengan Tn Hj Baha bersama Biro Pendidikan dan respon dari pejabat tanah mengatakan dalam proses dan mengambil sedikit masa untuk memberi pengesahan
- Tanah Kompleks Penghulu seluas 9 ekar, borang telah dikeluarkan oleh pihak YPJ untuk menggunakan tanah tersebut bagi tujuan komersial tetapi hasrat mereka menghadapi sedikit halangan kerana terdapatnya kawasan sensitif iaitu Sekolah Tadika dan PusatGiat Mara. Beliau telah menghantar surat kepada YB Dato' Seri memohon agar pihak Kerajaan mengkaji semula penganugerahan tanah di pindah projek ke satu tapak baru dan dalam masa yang sama Sekolah Tadika dikekalkan di situ. Apa yang berlaku ini sudah pasti akan mempengaruhi kepimpinan pada masa akan datang.
- Tn Hj Baha sudah bermesyuarat dengan YPJ dan pada dasarnya pihak YPJ bersetuju memindahkan projek tersebut dan Sekolah Tadika kekal disitu dengan syarat penduduk keluar dulu dan masuk semula. Beliau mahu apa yang dipersetujui oleh YPJ diterjemahkan hitam putihnya dan diendorse oleh peguam. Beliau takut jika persetujuan ini hanya di bibir saja dan Tn Hj Baha juga telah berjanji dengan beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Penduduk Caw Kg Baru Masai sebenarnya merasa kecewa kerana projek projek yang dirancang tidak dimaklumkan kepada mereka kerana jika dimaklumkan sekurang-kurangnya penduduk juga boleh memberi pandangan dan pendapat.
- Beliau juga memberitahu bahawa penduduk Kg Baru Masai sebenarnya telah teraniaya kerana projek sebenarnya adalah projek membangunkan Kg Sepakat. Pemaju tidak akan bangunkan kerana kos bajak tanah yang tidak mendatangkan keuntungan. Kerajaan juga secara diam-diam telah memberi penganugerahan kepada projek lain. Jika dibangun kan bagi tujuan pembinaan hospital atau sekolah-sekolah penduduk tidak merasa kecewa juga tetapi projek yang akan dibuat ialah pembinaan apartmen mewah yang pastinya majoriti pembelinya bukan Melayu.
- Beliau berharap dan berdoa agar pembangunan ini dabatalkan kerana tidak wajar orang Melayu diusir kerana kawasan tersebut berhampiran dengan kawasan yang boleh menjana ekonomi orang Melayu.
En Zulkifli juga berharap kepada Biro Perbandaran agar : - - Menyokong seratus peratus hasrat cawangan dan ahli-ahli UMNO.
- Tidak rasa keberatan perjumpaan sebulan atau 2 bulan sekali bagi mendapat maklum balas dari pihak Bahagian untuk mengetahui kedudukan dan status mereka dan berharap perkara ini tidak didiamkan tetapi tiba-tiba penduduk mendapat surat disuruh berpindah.
- Beliau juga berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berlaku di Johor di mana secara terang-terangan hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.
Ketua UMNO Caw Masai ( Tn Hj Salim Bin Juahir) - Memberitahu senarai kawasan-kawasan yang ada geran dan yang tidak ada.
- Berharap permohonan yang telah diberi kepada pihak Bahagian sentiasa beri maklumat pada cawangan-cawangan.
- Tidak mahu apa yang berlaku kepada Kg Baru Plentong Tengah berlaku pada penduduk Kg Baru Masai dan Kg Sepakat.
- Masalah infrastruktur di Kg Desa Bakti, tidak mempunyai bekalan api dan masalah jalan.
- YB MM Samy memberitahu tahun ini akan dibangunkan.
Timbalan Ketua UMNO Caw Masai Baru ( Tn Hj Abu Bakar Bin Mohamed) - Isu setinggan sama seperti yang diutarakan oleh kedua-dua ketua cawangan.
- Memohon pemasangan lampu jalan di Jalan Punai dan Jalan Selasih
- Timbalan Pengerusi Biro Perbandaran (Tn Hj Abd Ghani Abd Rahman)
- Mudah-mudahan apa yang dirancang akan dimakbul tuhan.
- Beliau berharap semua ajk dan ketua-ketua cawangan menggandakan usaha tanpa perlu rasa takut untuk mengutarakan masalah mereka.
- Jika semua mempunyai niat untuk menolong dengan sungguh-sungguh insyallah apa yang mereka harapkan akan menjadi kenyataan.
- Menyokong penuh kepada Pengerusi dan AJK diatas apa saja masalah dan perancangan yang hendak dilaksanakan.
- Beliau juga menegaskan andai apa yang mereka perjuangkan ini tidak ada pembelaan,beliau tidak teragak-agak untuk mengundur diri kerana beliau tidak mahu melalui keadaan yang sama di mana janji sudah mendapat kelulusan tetapi sebenarnya tiada.
Ketua UMNO Caw Kg Baru Masai ( En Zulkiflee Bin Abd Jalil) - Beliau telah dimaklum oleh Pengerusi Biro bahawa di Masai ada 2 Ahli Majlis. En Zul mencadangkan agar ditambah seorang lagi Ahli Majlis dari UMNO dan dapat mengadakan pejabat perkhidmatan atau khidmat nasihat.
En Mohd Noh Bin Jaafar (AJK Biro/Timbalan Ketua UMNO Caw Gunung S.Alam)
- Ucapan terima kasih diatas jemputan ke mesyuarat. Setelah menjadi AJK Biro ini beliau baru menyedari bahawa banyak perkara yang memerlukan pembelaan dan harap dapat sama-sama membantu.
- Terima kasih juga kerana diberi peluang sebagai AJK Biro Perbandaran.
En Nordin Bin Kasri - AJK Biro/ Ketua UMNO Cawangan Sri Makmur - Isu yang hangat dibincangkan pada mesyuarat hari itu sama seperti apa yang dihadapi oleh cawangan beliau.
- Ucapan terima kasih kepada Pengerusi dan Timbalan kerana dapat memperjuangkan isu-isu yang berbangkit selama ini- Akan sama-sama memberi sepenuh komitmen selaku AJK Biro.
En Mohd Salleh Bin Kamisan - AJK Biro/ Setiausaha UMNO Caw. Kg Belantik - Berharap segala usaha sungguh-sungguh yang dibuat oleh Biro Perbandaran akan beroleh kejayaan yang menggembirakan semua yang terlibat.
En Nordin Bin Ali - AJK Biro - Menyeru semua AJK Biro perlu bekerja keras dan segala permasalahan perlu diambil tindakan dan statusnya diberitahu kepada cawangan dari masa ke semasa
Pn Sainah @ Tina Bte Mohamad - AJK Biro
- Memberitahu bahawa beliau telah mengutarakan kepada YB Dato' Ketua UMNO Bhg pada sesi perjumpaan YB Dato' Seri bersama-sama Ketua Sayap-Sayap UMNO Bahagian pada 3 Januari 2009 yang lepas di pejabat UMNO Bahagian berkaitan isu tanah ini.
- Beliau memberitahu YB Dato' Seri tentang isu setinggan yang mengambil masa begitu lama untuk mendapat satu solusi dan senario ini telah menyebabkan penduduk marah dan kecewa pada pemimpin seterusnya menimbulkan kebencian pada parti. Beliau juga memberitahu YB Dato' Seri situasi ini akan memberi kesan yang tidak baik kerana penduduk ada mengatakan jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga 2011,pilihanraya akan datang pasti akan memberi satu impak yang menakutkan.
- Pn Tina juga menjelaskan YB Dato' Seri memberitahu pihak Kerajaan masih mencari formula bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut.
Ulasan Pengerusi Biro - Tn Hj Abdullah Bin Abd Rahman - Pihak Biro akan memasukkan semua suara hati rakyat walaupun berupa kritikan kepada pemimpin dengan harapan agar pemimpin dapat menyelesaikan masalah yang diutarakan.
- Mahu semua AJK Biro berani mengemukakan semua masalah agar dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
- Beliau juga berharap agar ada sesuatu yang positif diatas masalah setinggan ini kerana jika kita semua benar-benar jujur dalam memperjuangkan apa jua masalah yang melibatkan hak keistimewaan orang-orang Melayu tanpa prejudis pasti akan dipermudah kan oleh Allah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.40 malam.
Disediakan Oleh : -
SHEIKH AYUB BIN SHEIKH ABDUL RAHIM
Setiausaha Biro Perbandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang
Disahkan Oleh :
TN HJ ABDULLAH BIN ABD RAHMAN
PengerusiBiro Perbandaran UMNO Bahagian Pasir Gudang
No comments:
Post a Comment